CANTIK ITU ADA PADA KULITMU!!!
Empat produk kini di pasaran adalah set Bio Miracle Action Deep Repairing Serum dan Deep Repairing Cream, Antheia Soap (untuk kulit muka), Zinnia Magenta Soap dan Korean Ginseng Tonic. Ia akan menjadi pilihan mereka yang bermasalah kulit wajah. Gabungan sel tangkai epal Swiss-Jerman dan ekstrak bunga Spilanthe Acmella, krim pemulih sel-sel kulit wajah itu bertindak sebagai anti-penuaan untuk semua lapisan umur. Bukan itu saja, ia turut membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan pada kadar segera.
Menamakan krim tersebut sebagai miracle, tentunya kesan pemulihan selepas dua bulan menggunakan produk tersebut amat menakjubkan.
Bagi kebanyakan testimoni yang mencuba produk tersebut sebelum ia dipasarkan, masalah seperti pigmentasi, jerawat, kedut dan kulit wajah tidak sekata berjaya diselesaikan.
Serum istimewa yang menggabungkan akar manis dan beberapa jenis bunga liar serta ekstrak daun Camelia Sinensis pula merawat masalah kulit dari dalam.
Kesannya segera dapat dirasai sesuai dengan fungsi serum mempercepatkan proses pembaharuan sel-sel kulit menjadikan kulit licin, lembut dan halus.
Serum Jamu Ratu Malaya juga mampu berfungsi sebagai pelembap kulit yang baik, merangsang dan mempercepatkan pembentukan kolagen serta mencerahkan kulit.
Bagi yang bermasalah parut jerawat, Bio Miracle Action Deep Repairing Serum membantu merawat parut sekali gus menjadikan kulit tampil menawan serta mengurangkan kedut-kedutan pada permukaan kulit.
SABUN ANTHEIA ~ RM 22.00
SABUN ZINNIA MAGENTA ~ RM 23.00
SET BIO MIRACLE ACTION CREAM & SERUM
RM 69.50
ARKIB UTUSAN MALAYSIA ONLINE 27/01/2012
PRIHATIN terhadap keperluan golongan berpendapatan sederhana dan rendah, Rozita Ibrahim tampil dengan Jamu Ratu Malaya.
Tentu masih ramai yang tidak kenal jenama yang baru menjenguk pasaran kecantikan di negara itu. Mengambil masa dua tahun menjalankan penyelidikan dan bereksperimen, maka lahirlah Jamu Ratu Malaya - anak syarikat Sendayu Tinggi. Keyakinan Rozita terhadap produk syarikat barunya itu sememangnya menggunung.
Bukan sekadar mahu berkongsi manfaat produk tersebut dengan pengguna, matlamat pengasas Sendayu Tinggi itu hakikatnya lebih daripada itu.
Beliau mahu usahawan kecil atau orang persendirian yang berminat menjalankan perniagaan terlibat dalam memasarkan produk tersebut.
Modal yang diperlukan sememangnya tidak membebankan iaitu RM450. Manakala produk Jamu Ratu Malaya pula berkisar kepada harga mampu milik golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Tentunya teknik pemasaran Ratu Malaya berbeza dengan Sendayu Tinggi yang kini berkembang menerusi sistem francais. Manakala produk Jamu Ratu Malaya boleh dipasarkan peniaga mengikut sistem masing-masing dan anak syarikat Sendayu Tinggi itu hanya berperanan sebagai pengilang dan pengeluar produk.
Ditanya mengapa memilih nama Ratu Malaya yang kedengaran agak ke belakang, Rozita memberitahu, beliau mahu mengangkat kehebatan jamu berasaskan produk herba yang sememangnya terkenal di kalangan orang Melayu.
Baginya, nama Ratu Malaya amat menarik dan sinonim dengan kecantikan dan keistimewaan produk yang dikeluarkan.
Tidak mahu tergesa-gesa membina nama, Rozita memastikan setiap produk yang dikeluarkan mempunyai keberkesanan tersendiri. Sebab itu, produk Jamu Ratu Malaya menemui pengguna secara berperingkat.



